Aku dan Dia » Blog Archive » Ku Ampunkan Dosa Mu Ayah..!!!
Secebis Kenangan Di Masa Lalu

Ku Ampunkan Dosa Mu Ayah..!!!

Posted on 4th January 2012 in Cerpen Pendek

Kilat masih lagi sabung-menyabung. Dentuman guruh yang agak kuat menyedarkan Faris dari lamunan. Dia terpinga-pinga.. Sambil menggaru-garukan kepala dia sempat menoleh ke arah jam tangan.

“Dah pukul 6.30.. Patutlah”

Sedar tak sedar sudah 1 jam dia menggelamun. Mengingati insan tersayang yang 3 tahun pernah bertakhta di hatinya. Tetapi sayang, insan yang diagung-agungkannya kini menjadi duri dalam daging dalam hidupnya. Setiap saat dan ketika insan itulah yang selalu bermain dimindanya.. Sungguh menyakitkan..!!

Faris mengeluh. Dicapainya air teh hangat yang masih berbaki. Matanya melilau pula mencari sepuntung rokok. Berterus-terusan dia menarik dan menghembus asap rokok dengan harapan Nadia segera hilang dari ingatannya.

“Kenapa susah sangat untuk melupakan kau Nadia? Kenapa terlalu cepat kau mengkhianati cinta kita?

“Dah, awak pergi balik sekarang. Saya dah tak nak tengok muka awak lagi”

“Kenapa ni Nadia? Apa salah saya? Awak dah tak sayang saya?

“Saya benci tengok muka awak, awak tahu tak? Berambusssss..!!!”

Tergiang-giang ayat tersebut di telinganya. Dia sendiri tidak pasti kenapa Nadia boleh bersikap sedemikian rupa. Sebelum ni Nadia adalah seorang penyayang. Seorang yang amat perihatin. Mungkinkah dia sudah mempunyai orang lain?

‘Aku buntu Nadia, aku benci kau, aku dah tak mahu ingatkan kau. Kenapa setiap kali aku cuba nak lupakan kau setiap kali itulah kau menjelma?’

“Eh, tak habis-habislah kau ni berangan. Dah nak masuk waktu maghrib la beb. Masuk.. Setan berkeliaran waktu ni kau tau tak?”

Ikmal, rakan serumah kepada Faris menyapa setelah dilihat temannya itu langsung tidak berganjak dari dia mula keluar rumah sehinggalah dia balik ke rumah.

“Kau ni dow, asal balik je ganggu aku, pergi mandi la weh. Dah la kau baru balik main bola”

“Tu la kau, aku ajak main bola tak nak, Ko asyik berangan je dari tadi. Kau tak penat ke weh? Sudah-sudah lah. Ramai lagi perempuan lain kat luar tu.”

‘Kau tak tahu beb, kalau boleh aku sendiri nak lupakan Nadia, tapi aku tak boleh’  Rintih hati Faris..

“Kau tengok, termenung lagi” Cucukan Ikmal membuatkan Faris terloncat dan segera bangun menuju kedalam rumah. Pintu rumah segera ditutup rapat-rapat.

“Nadia… Kau tolong ambil lighter ayah kat atas almari tu kejap”

Pak Majid, ayah kepada Nadia.

“Nah, lighter ayah.. Ayah, Nadia nak keluar kejap. Nak pergi beli barang kat kedai runcit”

“Kau nak pergi mana Nadia? Dah lewat malam kau tau tak?.. Tak payah esok boleh pergi”

“Tapi ayah…..”

Pak Majid memalingkan muka ke arah Nadia. Dengan muka yang bengis dan misai yang melentik ke atas, kucing tengok pun boleh lari. Nadia segera masuk ke dalam biliknya. Ayahnya begitu garang dan bengis. Emaknya sendiri terlalu lurus. Mengikut apa sahaja kehendak ayahnya. Mungkin kerana dia seorang isteri solehah atau mungkin juga dia takut akan suaminya.

Nadia terbaring di atas katil. Hanya bertemankan lampu dan juga kipas yang berpusing. Otaknya kosong.

“Kalau ayah nampak kau lagi dengan jantan tu siap kau dengan jantan tu aku kerjakan”

‘Faris… Aku rindukan kau.. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Jauh sekali nak halau kau hari tu. Tapi aku takut. Ayah seorang yang panas baran. Aku takut dia akan apa-apakan kau.. Maafkan aku Faris’

Air jernihnya mula mengalir. Terbayang saat-saat indah dia dan Faris dahulu. Satu kolej. Buat kerja sama-sama. Faris seorang yang aktif bersukan, dia peramah, semua orang dia nak tegur…..

One love, one love
Enrique Iglesias, Pitbull
Y’all know what time it is?
We go set it off tonight, just go
Set the club on fire, just go
Enrique, hola at ‘em like

Girl, please excuse me
If I’m coming too strong
But tonight is the night
We can really let go

My girlfriend’s out of town
And I’m all alone
Your boyfriend’s on vacation
And he doesn’t have to know

No, oh, oh, oh, oh
No one can do the things………..

Tiba-tiba handset Nadia berbunyi. Lagu dari Enrique featuring Pit Bull. Segera dilihatnya pada skrin nama pemanggil. Dia sangat berharap Faris menelefonnya kerana dia teramat merindukan suara lelaki itu.

Lisa, teman rapat Nadia..

“Hello…” Dengan suara yang lemah Nadia menjawab panggilan.

“Weh, kau buat apa? Esok free tak?”

“Ntah, free kot” Balas Nadia lesu

“Esok ada movie baru tau kat panggung. Jom tengok nak”

“Hmmm.. Aku tak pasti lagilah. Aku takut ayah aku tak bagi.”

“Ala… Kau bagitau lah kau keluar dengan aku.. Please…” Lisa seolah-olah merayu.

“Oklah.. Nanti aku call kau balik ok.. Bye”

Telefon diletaknya. Dia berfikir sama ada hendak memberitahu Pak Majid sekarang atau esok. Tetapi tiba-tiba kepalanya terasa berat. Mungkin terlampau banyak perkara yang difikirkannya. Nadia terus merebahkan badannya semula dan tertidur..

“Assalamualaikum….. Nadiaaaa…. Ohhh.. Nadia…”

“Waalaikumussalam… Lisa, apehal pagi-pagi datang rumah ni?” Sahut Mak Peah, ibu kepada Nadia…

“Kami nak pergi bandar mak.. Ronda-ronda” Potong Nadia sebelum Lisa sempat membalas pertanyaan Mak Peah..

“Nak pergi buat apa Nadia..?” Tiba-tiba Pak Majid datang menyampuk tanpa memberikan salam terlebih dahulu…

“Errrr…. Errrr…” Nadia tergagap

“Ke kau nak pergi jumpa jantan tu lagi?” Sambung Pak Majid

“Pak cik, sebenarnya kitaorang nak pergi bandar sebab saya ajak Nadia temankan saya pergi beli baju. Ye la kan, saya dah lama tak beli baju. Tengok baju ni, dah nak lusuh dah pun” Lisa menyampuk dengan selamba.

“A’ah.. Ye ayah… Mak..” Lisa turut mempunyai kekuatan setelah melihat Lisa agak selamba. Ye lah, temannya itu memang selamba. Bercakap kadang-kadang main lepas je.

“Nak pergi pun boleh tapi jangan balik sampai tengah malam. Kalau tak kau tido kat luar.” Pak Majid masih dengan egonya.

“Baik pakcik” Sahut Lisa lagi dan mereka pun berangkat ke pusat bandar menaiki Yamaha Ego S.

Sesampainya di bandar mereka terus parking moto dan berjalan ke sebuah mall..

“Weh, ayah kau tu memang garang kan. Asal dia tak bagi kau berkawan dengan si Faris tu?”

“Ntah la Lisa, bapak aku cakap si Faris tu tak ada masa depan. Kerja tetap tak ada. Aku rasa la kan bapak aku tu tak….”

“Jap-jap weh.. Aku rasa aku nampak seseorang yang dikenali ni” Lisa memotong percakapan Nadia dan memuncungkan mulutnya ke arah satu kelibat bayang-bayang yang cukup dikenali Nadia.

“Faris la weh… Jom-jom…” Nadia menoleh ke belakang untuk melarikan diri dan mengheret tangan Lisa. Tetapi belum sempat Nadia berbuat demikian Faris sudah menghampirinya.

“Nadia tunggu… Kita perlu berbincang…”

“Nak bincang apa lagi Faris? Dah tak ada apa yang perlu dibincangkan”

“Nadia, aku rasa baik kau berterus terang je dengan Faris. Kau tak terseksa, Faris pun sama. Aku pergi beli air jap ok” Lisa tahu dia perlu memainkan peranan untuk menyatukan mereka kembali. Dia tidak mahu melihat Nadia memendam perasaan sendiri.

“Thanks Lisa” Sahut Faris…

“Tolong bagitahu saya apa sebenarnya yang dah berlaku? 3 hari sebelum awak halau saya awak tak macam tu. Awak manja Nadia, 3 tahun kita kenal. Saya kenal semua pasal awak. Dan masa awak halau saya hari tu, saya malu Nadia, semua orang pandang saya. Tolong….!!! Bagitau saya perkara yang sebenarnya…”

“Farissss…” Belum sempat dia mengeluarkan kata-kata air matanya jatuh lagi.. Namun digagahi juga untuk menerangkan segala-galanya.

“Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tapi Farisss… Kita tak ada jodoh.. Kita…”

“Amenda awak cakap? Jodoh apa? Sapa kita nak tentukan jodoh kita sendiri? Semua tu ketentuan Ilahi Nadia..”

“Faris… Awak dengar sini.. Ayah saya tak suka kita berkawan.. Dia ugut saya nak pukul awak kalau saya teruskan hubungan ni..”

“Nadia…. Saya rela Nadia, saya tak kisah kena pukul sekalipun asalkan kita dapat hidup bersama. Saya akan jumpa ayah awak.”

“Jangan Fariss.. Awak tak kenal ayah saya… Dia akan buat kalau dia cakap..!! Saya merayu kat awak..”

“Nadia.. Kita akan hidup bersama.. percayalah..” Faris merentap tangan dia.. Dia berlari ke arah keretanya dan meluncur laju ke rumah Nadia…

“Farisssssssssss…..!!!!!!!!!!!!!!!” Raung Nadia….

Bersambung…!!!

comments: 0 »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Comment

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>